Halaman

Selasa, 14 Oktober 2008

Sarjan polis dipenjara 12 bulan

MY METRO


PETALING JAYA: Seorang sarjan dipenjara 12 bulan dan didenda RM25,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas didapati bersalah menerima rasuah RM5,000 daripada seorang ejen jualan langsung, lima tahun lalu.

Hakim Nurmala Salim memerintahkan Abd Aziz Saad, 46, menjalani hukuman itu bermula hari ini, dan disambung penjara enam bulan jika gagal membayar denda tersebut.

Nurmala dalam penghakimannya berkata, pihak pembelaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Abd Aziz dan keterangan daripada saksi pembelaan hanya berbentuk penafian semata-mata.

Abd Aziz, didakwa menerima rasuah RM5,000 daripada Yap Kian Vun bagi membebaskan empat pekerjanya yang terbabit dalam kes penipuan di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya Selatan, Seri Kembangan.

Beliau diwakili peguam bela Dr Radzuan Ibrahim dan didakwa mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara sehingga 20 tahun dan didenda RM10,000 atau lima kali nilai suapan yang mana lebih tinggi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.