UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR - Setiausaha Persekutuan Sarawak, Datuk Ngah Senik ilantik sebagai Setiausaha Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek Hassan berkata, Ngah, 55, menggantikan Datuk Kamaruzaman Mohd. Noor yang bertukar menjadi Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Manusia), Kementerian Pelajaran pada 16 September lalu.
Katanya, Ngah memasuki Perkhidmatan Awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) pada 9 Oktober 1976 serta berpengalaman dalam bidang pembangunan sumber manusia dan pentadbiran negeri serta daerah.
"Jawatan Ngah sebagai Setiausaha di Sarawak bermula sejak 22 April 2006. Beliau juga pernah menjawat Timbalan Pengarah Kanan, Cawangan Pengurusan Perkhidmatan Guna Sama, Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam dari 2004 sehingga 2006,'' katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tempat Ngah pula diambil alih oleh Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang, Md. Yahaya Basimin, 51, berkuat kuasa mulai 15 Disember ini.
Selain itu, Sidek turut mengumumkan pelantikan Pengarah Institut Tadbiran Awam Negara (Intan) kampus Wilayah Selatan, Zaini Hussain sebagai Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Pelantikan itu berkuat kuasa mulai 15 Disember ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.