UTUSAN ONLINE
SHAH ALAM – Kerajaan Selangor bercadang untuk membeli beberapa buah kereta termasuk jenis Proton, Toyota Camry dan Honda bagi menggantikan lebih 10 buah kereta yang telah digunakan melebihi lima tahun oleh Exco dan pegawai- pegawainya pada tahun depan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya telah memanggil wakil beberapa syarikat kenderaan iaitu UMW Toyota serta Proton dan mereka telah menyerahkan brosur untuk kerajaan negeri menilai kosnya termasuk penyelenggaraan sebelum membuat pilihan.
‘‘Apabila kereta itu sudah lima hingga enam tahun dipakai, kos penyelenggaraan akan menjadi tinggi, maka lebih baik kita tukar.
‘‘Di sini kereta yang sudah dipakai lebih lima tahun itu memang banyak dan lebih daripada 10 buah termasuk kereta Exco dan pegawai,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Selangor (MTES) di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika ditanya sama ada kerajaan negeri ada membeli 14 kereta Toyota Camry bernilai RM2.1 juta seperti yang dilaporkan laman web pembangkang Selangor hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.