Halaman

Sabtu, 21 Februari 2009

Judi, arak, dadah & pelacuran dalam Negara Islam

Mohd Basir Abdullah


Salam kepada semua rakyat Melayu Islam di dalam negara ini. Membisu, pekak dan membutalah anda semua. Terimalah padah yang akan menimpa kita tidak lama lagi. Tidakkah anda semua sedar terhadap apa yang sedang berlaku akibat kepanasan dari empat perkara yang tersebut di atas?

KEEMPAT-EMPAT perkara adalah haram dalam Islam. Tetapi, perkara itu dibiarkan berlaku oleh Raja- Raja, Pemimpin Kerajaan, Pemimpin Pembangkang dan rakyat negara ini, tidak kiralah Melayu, Cina dan India. Mengapa semua lapisan rakyat, semua bahagian penguatkuasaan dan institusi raja-raja buat tidak peduli langsung?

Nasihat saya adalah, betulkan yang tak betul dengan sebenar-benarnya untuk kebaikan segala penghidupan. Tidakkah kita sedar bahawa dengan kejadian demi kejadian seperti gempa bumi yang semakin kerap berlaku di seluruh dunia?

Tidakkah kita sedar sebelum berlaku insiden gempa bumi kuat di Aceh pada 2004, kejadian gempa bumi jarang sekali berlaku. Tapi, selepas gempa bumi itu berlaku, hampir setiap dua atau tiga hari akan berlaku gempa bumi. Tentunya, ini satu isyarat untuk kita.

Saya bukanlah seorang ulamak, ahli pokitik, cendekiawan atau ahli Sains. Saya hanyalah seorang tua yang telah berusia 60 tahun lebih kurang. Bukan kemenangan yang saya cari, tetapi sekadar menyempurnakan hidup ini.

Apa yang saya suarakan dalam Harakah Daily adalah berikutan daripada rasa tanggungjawab saya kepada Allah yang Maha Kuasa.

Wahai saudaraku.. saya melihat melalui mata hati saya bahawa kita kesuntukan masa. Kepada tuanku raja-raja, pemimpin-pemimpin kerajaan, pembangkang dan yang lain lain, untuk mendapat keampunan di dunia dan akhirat, kita harus mula perbetulkan yang tidak betul.

Kita tegakkan kebenaran demi kebaikan segala yang hidup. Janganlah kita berlagak kita ini Tuan punya segala-galanya. Banyak tindakan yang kita lakukan hari ini kononnya untuk rakyat sebenarnya adalah kerana kuasa dan memuaskan nafsu serakah sahaja.

Segala keistimewaan yang dikurniakan Allah Tuhan sekalian makhluk adakah dibenarkan untuk membazir segala bentuk rezeki yang diberikan olehNya?

Adakah itu demi kebaikan kita. Persekutuan Tanah Melayu adalah syurga dunia. Jika dilihat melalui mata hati anda, semua akan faham. Kepada yang sedar, saya merayu akhir sekali lakukanlah sesuatu.

Jika tidak, kita semua akan kesal. Jikalau judi haram, dan kita biarkan, judi akan jadi arak, arak akan jadikan dadah dan dadah jadikan pelacuran. Kejadian demi kejadian akan menjadi-jadi sampai kita jadi jahanam akhirnya.

Khas kepada Zahid Hamidi

Khusus kepada Y.B Dato' Zahid Hamidi, janganlah peralatkan agama dan bangsa untuk kedudukan dan politik. Insaflah, malulah serta takutlah kepada Tuhan. Untuk lain-lain Ahli Parlimen, janganlah jadikan Parlimen sebagai dewan bangsawan. Seluruh rakyat melihat anda secara langsung. Takut dan malulah kepada Tuhan.

Saya, Mohd Basir Abdullah boleh dihubungi di talian 019-6705730 dan mohamad.basir@yahoo.com.Alamat email ini telah dilindungi dari spam bots, anda perlukan Javascript enabled untuk melihatnya _

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.