Halaman

Jumaat, 20 Februari 2009

Pas Kelantan minta Ibrahim Ali letak jawatan

BERNAMA


KOTA BAHARU - Pas yang tidak berpuas hati dengan kelantangan anggota Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang sering mengkritik parti itu meminta beliau meletakkan jawatan sebagai anggota Parlimen.

Setiausaha Badan Perhubungan PAS Kelantan, Datuk Takiyuddin Hassan menyifatkan tindakan Ibrahim itu sebagai tidak mengenang budi.

Beliau berkata, sebagai wakil rakyat yang diberi peluang oleh Pas bertanding atas tiket parti itu pada pilihan raya umum 2008, anggota Parlimen Bebas itu tidak sepatutnya sering menghentam Pas seolah-olah beliau sahaja yang betul.

“Kalau dia bermaruah, dia boleh meletak jawatan,” katanya kepada pemberita semasa ditemui pada majlis perasmian pecah tanah pembinaan Jambatan Pachor oleh Menteri Besar Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di sini, hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.