HALAMAN SANTAI

Rabu, 10 Jun 2009

BN didakwa guna dua negeri itu sebagai 'talian hayat'

SINAR HARIAN


SHAH ALAM - Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar berkata, parti itu akan memastikan misi menawan Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum akan datang menjadi kenyataan.

:Menurutnya, beliau mahu melihat Pas memenangi pilihan raya di kedua-dua negeri tersebut kerana melihat kejayaan Barisan nasional (BN) pada hari ini ialah kerana kekuatan di dua negeri berkenaan.

:“Melebarkan pengaruh di dua buah negeri itu penting kerana UMNO dan BN kini hanya menggunakan ’tali hayat’ di Sabah dan Sarawak untuk menyelamatkan mereka daripada tewas setiap kali pilihan raya.

:“Oleh itu adalah menjadi misi saya setelah dipilih sebagai Naib Presiden untuk memastikan Pas dapat melebar luaskan pengaruh di Sabah dan Sarawak,” katanya dipetik dalam blog rasminya semalam.

:Terdahulu dalam Muktamar Pas yang berakhir kelmarin, perwakilan Pas Sarawak, Abang Edee Abang Fauzi menggesa agar kepimpinan Pas memperluaskan dakwah khususnya di kawasan pendalaman negeri Bumi Kenyalang itu.:

:Menurutnya, sebelum ini tidak ramai kepimpinan tertinggi Pas yang hadir dan membuat kunjungan ke negeri tersebut bagi menarik sokongan terhadap perjuangan parti tersebut.

:Untuk tujuan tersebut, Mahfuz yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, untuk mencapai kemenangan tersebut, usaha untuk memperkukuhkan Pas di dua buah negeri itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

:“Tetapi amat malang jika usaha pemimpin-pemimpin Pas sebelum ini untuk meyakinkan masyarakat berbilang bangsa disia-siakan dengan melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya,” katanya.

Tiada ulasan: