Halaman

Khamis, 4 Jun 2009

Ibu bapa kesal gambar anak jadi iklan komersial

BERITA HARIAN ONLINE


BALING: Ibu bapa kepada kanak-kanak berpenyakit kulit di Kampung Siput Baling, Mohd Irshad Azizan, kesal dengan sebuah syarikat pengeluar jus minuman yang didakwa menggunakan gambar anak mereka itu untuk tujuan komersial.

Azizan Yusof, 53, berkata beliau dan isterinya Salmiah Abdul Rahman, 40, terkejut apabila mendapati gambar anak mereka yang berumur dua tahun disiarkan sebagai testimoni keberkesanan produk yang dikeluarkan dalam iklan sebuah syarikat jualan langsung yang mengedar sejenis serbuk minuman.

"Testimoni anak saya itu satu penipuan dan kami tidak pernah membeli serbuk minuman syarikat itu," katanya di sini, semalam.

Katanya, Irshad hanya mengambil krim yang dibekalkan oleh Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya.

"Saya amat kecewa dengan mereka yang menggunakan anak saya untuk tujuan melariskan jualan produk syarikat mareka", katanya.

Sementara itu, Salmiah berkata, penyakit kulit yang dihidapi Irshad sejak berusia enam bulan kini hampir sembuh sepenuhnya dan anaknya itu sudah boleh tidur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.