Ditulis oleh Te@m I.T
SHAH ALAM - "Mobilisasi demokrasi akan menyokong himpunan besar-besaran anjuran Gerakan Mansuh ISA (GMI) pada 1 Ogos nanti," tegas Mohd Sabu ketika ucapan penggulungan sempena Muktamar PAS kali ke-55 di Stadium Malawati, Shah Alam dekat sini
"Asas negara menuju kehancuran apabila tempat-tempat legislatif tidak lagi dihormati. Dato Mustafa Ali ditangkap di kawasan legislatif, Karpal Singh diserang dan dikepung oleh orang awam dalam kawasan legislatif,
"Malah dalam situasi Perak, eksekutif polis telah menggantikan bentara hingga menyebabkan kerajaan Perak terpaksa bersidang di bawah pokok. Speaker yang bertanggungjawab untuk mendisiplinkan ahli dewan diusung keluar oleh eksekutif polis dan dikurung di dalam bilik," ujar beliau.
Merujuk kenyatakan demokrasi di Malaysia telah tercemar dengan sangat dahsyat, Mohd Sabu dalam ucapannya turut mengingatkan pemuda supaya menjalankan tugas masing-masing dan istiqamah dalam perjuangan.
"Ungkapan istiqamah paling mudah untuk disebutkan namun begitu ia merupakan perkara yang paling sukar untuk dilaksanakan," tambah beliau.
Mohd Sabu dalam mengakhiri ucapan penggulungannya sempat menarik muktamirin dengan pantunnya, "Tuai padi sementara masak, jangan sampai layu-layuan. Intailah aku sementara nampak, jangan sampai rindu-rinduan," beliau mengakhiri kata.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan