UTUSAN ONLINE
PULAU PINANG - Kerajaan Pusat tidak pernah meminggirkan negeri ini dari arus pembangunan negara, tegas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.
Sambil menyangkal dakwaan Menteri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew yang menyifatkan pembangunan infrastruktur Pulau Pinang masih di peringkat rendah berbanding Negeri Sembilan dan Perak, beliau berkata, ia adalah sesuatu yang tidak benar.
Katanya, Pulau Pinang yang dikenali sebagai Pulau Mutiara juga merupakan antara negeri yang terpilih dan sentiasa disenaraikan dalam perancangan pembangunan ekonomi negara.
Menurutnya, negeri itu memang maju dari segi kemudahan serta infrastruktur dan Kerajaan Pusat sentiasa memberi perhatian terutama dari segi logistik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan