Halaman

Isnin, 3 Ogos 2009

Calon mesti bebas penyakit

BERITA HARIAN ONLINE


KANGAR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa memastikan semua calon yang mahu bertanding pada pilihan raya supaya sihat fizikal dan mental, termasuk bebas daripada sebarang penyakit kronik.

Setiausaha Umno bahagian Kangar, Aziz Had, berkata satu mekanisme khas perlu diwujudkan SPR untuk menapis semua pencalonan diterima, terutama membabitkan aspek perubatan dan kesihatan.

Katanya, SPR mungkin boleh mengkaji untuk mewajibkan calon yang mahu bertanding pada pilihan raya supaya menjalani pemeriksaan kesihatan terlebih dulu.

"Tapisan ini penting bagi memastikan semua wakil rakyat dipilih bebas daripada sebarang penyakit kroniksekali gus mampu memberi perkhidmatan yang baik dan sempurna kepada masyarakat diwakili," katanya di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.