Halaman

Isnin, 3 Ogos 2009

Ibu bapa 44 remaja sertai demonstrasi boleh dipenjara

BERITA HARIAN ONLINE


KEPONG: Penganjur Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), ibu bapa dan penjaga kepada 44 kanak-kanak bawah 18 tahun yang ditahan dalam perarakan haram di ibu kota, kelmarin, boleh didenda RM20,000 atau dipenjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan mendedahkan golongan itu dengan cara yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal kepada mereka.

Menyifatkannya sebagai sesuatu yang serius, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata tindakan itu amat bertentangan dengan peruntukan undang-undang di bawah Akta Kanak-Kanak 2001, yang tidak membenarkan sebarang eksploitasi dilakukan ke atas kanak-kanak, walaupun oleh ibu bapa mereka.

“Saya difahamkan pihak polis, ada sebahagian kanak-kanak ini yang ibu bapa mereka adalah ‘habitual demonstrator’. Setiap kali ada perhimpunan, dia akan bawa anak-anak untuk menunjukkan yang mereka menghayati perjuangan itu, sedangkan sebenarnya (mereka) tidak (memahami apa yang diperjuangkan),” katanya selepas menghadiri Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Kepong 2009, di sini, semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.