MALAYSIA KINI
Tempoh penahanan tanpa bicara bawah undang-undang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan dikurangkan tetapi akta kontroversi tersebut tidak akan dimansuh sepenuhnya.
Semakan ini antara peruntukan undang-undang yang sedang dinilai semula, selain berkaitan hasutan, perhimpunan awam dan kawalan ke atas Internet.
Usaha ini sedang diselaraskan melalui kerjasama antara jabatan bawah beberapa kementerian, termasuk Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan dan agensi berkaitan seperti Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM), polis dan Jabatan Peguam Negara dan Majlis Keselamatan Negara.
Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata undang-undang ini akan mula dibentang di Parlimen pada sidang Oktober ini selepas mendapat maklum balas daripada pihak-pihak berkepentingan dengan isu ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan