HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 September 2009

ADUN Bagan Pinang Meninggal Dunia, SPR Tiada Alasan Lagi Untuk Selamatkan UMNO Berhadapan Dengan Rakyat Dalam Pilihanraya

PAHANG DAILY
(Eksklusif)


Ketakutan kerajaan UMNO dan BN pimpinan PM Najib Razak untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya kecil DUN Kota Seputeh, Kedah Darul Aman akhirnya hadir jua kini.

Bagai sudah ditakdirkan oleh Allah, bahawa kepimpinan Najib kini sekali lagi bakal diuji oleh rakyat. Jika di Kota Seputeh baru-baru ini Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sekali lagi menjadi penghalang kepada "suara rakyat". Kini Pengerusi SPR, Aziz Yusof tiada alasan dan hak mutlak lagi untuk menidakkan pilihanraya kecil diadakan dalam tempoh terdekat ini.

Ini berikutan perkhabaran "panas" yang diterima hari ini berhubung dengan kematian Ahli Dewan Undangan Negeri N31 Bagan Pinang, Azman Mohd Noor dari Barisan Nasional meninggal dunia di Hospital Pakar Seremban di sini jam 2.30 petang ini.

Allahyarham adalah Naib Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang di Port Dickson memenangi kerusi itu pada pilihan raya umum lalu mengalahkan calon PAS, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi. Azman mendapat 6,430 undi manakala Ramli mendapat 4,097 undi.

DUN Bagan Pinang adalah satu daripada lima DUN di kawasan Parlimen Teluk Kemang. Empat lagi DUN ialah Chuah, Lukut, Linggi dan Port Dickson.

Ekoran kekosongan kerusi itu, satu pilihan raya kecil dijangka diadakan dalam tempoh 60 hari untuk memilih wakil rakyat baru. BN menguasai 21 daripada 36 kerusi DUN di Negeri Sembilan. Pada pilihan raya lalu, DAP menang 10 kerusi, PKR (4) dan PAS (1).

Tiada ulasan: