HALAMAN SANTAI

Rabu, 2 September 2009

Askar antara tujuh didakwa merempit

Oleh AHMAD SYAKIR SAZILI


IPOH - Seorang anggota tentera berusia 23 tahun yang dihadapkan ke Mahkamah Khas Trafik di sini semalam mengaku bersalah atas tuduhan menunggang motosikal secara bahaya pada malam sambutan kemerdekaan di sini kelmarin

Semasa ditahan di sekatan Jalan Jelapang-Chemor awal pagi 31 Ogos, Mohd. Izwan Ngaripin yang bertugas di Kem Syed Putra di sini sedang cuti berkursus.

Selain Mohd. Izwan, turut mengaku bersalah atas pertuduhan sama ialah empat yang lain iaitu Rosli Zainuddin, 21, Mohamad Faizul Mohd. Idris, 27, Mohd. Zulhaqim Saruddin, 18, dan Firdaus Ramli, 25.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah membenarkan kelima-lima tertuduh yang berasal dari Ipoh itu dibebaskan dengan ikat jamin RM6,000 setiap seorang sebelum menunggu tarikh sebutan hukuman pada 13 Oktober depan.

Dua lagi lelaki yang turut ditahan dalam sekatan sama ialah Ashraf Mukhsin, 19, dan Ahmad Faidi Ahmad Zabidi, 24.

Tiada ulasan: