Halaman

Rabu, 2 September 2009

Golongan Muda Beralih Kepada PAS dan PR

Wan Kay


KEMAMAN – PAS Kawasan Kemaman mencatatkan kejayaan besar apabila berjaya mengadakan tiga majlis kutipan Dana yang dapat menghimpunkan kutipan hampir RM100,000.00. Terbaru, pada 30 Ogos lalu, Dewan Pemuda PAS Kemaman berjaya mengadakan Majlis Iftar dan pelancaran Dana Pemuda.

Ketika berucap pada majlis tersebut, Ketua Dewan Pemuda, Megat Suhaimi Megat Idrus berkata sokongan dan minat generasi muda masakini terbukti beralih kepada PAS dan Pakatan Rakyat (PR).

Katanya, Umno dan Barisan Nasional (BN) kecundang dalam tujuh pilihan raya kecil yang diadakan adalah bukti yang cukup jelas, golongan muda menolak parti itu.

“Sokongan generasi muda kepada PAS (dan Pakatan) sangat luar biasa dan kita dapat melihatnya dalam beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan selepas pilihan raya umum lalu,”ujarnya.

Katanya perubahan yang sama turut berlaku di daerah ini, apabila pelbagai program yang dianjurkan PAS dan PR mendapa sambutan hangat.

Sebelum ini, katanya, tidak pernah sambutan luar biasa di kalangan golongan tersebut kecuali ketika zaman Reformasi akhir tahun 1990-an.

“Sambutan remaja dan golongan muda kepada PAS di Kemaman juga baik melalui pelbagai program yang kita anjurkan seperti riadah dan rekreasi,” katanya.

Dengan keadaan itu, katanya, peluang PAS dan PR menang dalam pilihanraya akan datang adalah amat cerah.

Menurutnya, gabungan Barisan Alternatif (BA) diantara PAS dan Parti KeADILan Rakyat (PKR) mencatat sejarah memenangi parlimen Kemaman dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Chukai, Kijal, Air Puteh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-10 tahun 1999.

Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyampaikan tazkirah dan melancarkan kutipan Dana Pemuda serta turut mengimamkan solat sunat terawih bersama warga Kemaman di Masjid Pasir Minal.

Majlis yang diadakan di sebuah restoran dekat sini turut dihadiri oleh Penolong Setiausaha Badan Perhubungan PAS Terengganu, Haji Hanafiah Mat, Yang DiPertua PAS Kemaman, Haji Ismail dan Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.