Halaman

Rabu, 2 September 2009

‘Spiderman’ ceroboh menara KLCC ditahan

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Warga Perancis, Robert Alain dikenali ‘Spiderman’ kerana sering memanjat bangunan tinggi tanpa menggunakan peralatan, semalam menakluki Menara Kembar Petronas KLCC setinggi 88 tingkat selepas gagal pada 1997 dan 2007.

Dengan memakai kemeja-T gelap dan berseluar jeans berwarna hitam yang mempunyai logo 1Malaysia, beliau mula memanjat Menara Dua pada jam 6 pagi dan sampai ke puncaknya dalam masa dua jam.

Beliau bagaimanapun, ditahan pengawal keselamatan menara itu kerana menceroboh dan melakukan aksi berbahaya tanpa kebenaran sebelum diserahkan kepada sepasukan anggota polis dari Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, jam 9 pagi.

Lelaki terbabit disiasat mengikuti Seksyen 448 Kanun Keseksaan kerana melakukan pencerobohan yang memperuntukkan penjara maksimum tiga tahun atau denda maksimum RM5,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.