HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 September 2009

Guan Eng Selar Tindakan Polis Tahan ADUN Pakatan di Perak

TV ANTARA


Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar tindakan polis menahan ADUN Pakatan Rakyat yang mahu mengadakan sidang DUN di bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Perak.

Guan Eng berkata polis telah bertindak kasar terhadap Pakatan Rakyat namun mengambil pendekatan lemah-lembut terhadap sekumpulan penunjuk perasaan pro-BN yang juga berhimpun pada hari yang sama di lokasi yang sama.

Dalam keghairahan polis menghalang sidang DUN itu, Adun Malim Nawar Keshvinder Singh cedera di kepala sehingga memaksa beliau mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Besar Ipoh.

Seperti dalam lagak gusti, Keshvinder yang ditahan polis dicampak ke jalan sehingga kepalanya terhantuk ke jalannya menyebabkan tengkoraknya retak.

Tidak cukup dengan itu, kepalanya ditekan dengan kaki sementara perutnya ditendang-tendang. Beliau tergapai kesesakan nafas apabila polis menjerut lehernya dengan tali leher.

“Kami tidak faham mengapa polis menahan Adun yang telah dipilih oleh rakyat. Mereka menahan wakil rakyat yang telah dipilih secara demokratik ketika cuba menjalankan tugas tetapi dalam masa sam mereka tidak menahan sekumpulan orang awam yang berdemostrasi meyokong Barisan Nasional Perak dan Datuk Zambry. Mengapa mereka tidak menahan penyokong Zambry?,” katanya.

Selain dari Keshvinder, turut ditahan adalah ADUN Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham, dan Adun Simpang Pulai, Chan Ming Kai ditahan sewaktu cuba mengadakan sidang DUN.

Guan Eng juga mempertikaikan tindakan polis bertindak kasar dengan menyepak dan menahan seorang jurugambar akhbar Nanyang Siang Pau Stanley Tan ketika menjalankan tugas.

Tiada ulasan: