HALAMAN SANTAI

Jumaat, 4 September 2009

Khir: Janji p'raya Pakatan punca masalah kuil

Jimadie Shah Othman


Ketua Pembangkang DUN Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo mendakwa, masalah kuil di Seksyen 19 Shah Alam berpunca daripada janji Pakatan Rakyat untuk memindahkannya ke Seksyen 23 bagi memenuhi janji pilihanrayanya.

Sedangkan, dakwanya, Katanya kerajaan BN sebelum ini telahpun menyelesaikan masalah tersebut menawarkan dua tapak cadangan - iaitu di Seksyen 18 dan 22 - yang menurutnya merupakan tapak terbaik di Shah Alam.

Bekas menteri besar Selangor berkata, kedua-dua tapak cadangan tersebut masing-masing berkeluasan 70,000 kaki persegi dan tapak di Seksyen 18 telah mempunyai infrstrukturnya termasuk jalan, lampu jalan dan bekalan elektrik".

Malah, katanya, kemudahan infrastruktur di Seksyen 18 itu sudah siap disediakan sejak tahun 2007 lagi.

Katanya, ini menunjukkan bahawa kerajaan BN dahulu begitu prihatin dengan keperluan penduduk yang beragama Hindu di situ.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di tapak di Seksyen 18 itu, Dr Mohd Khir meminta kerajaan negeri supaya berhenti menyalahkan kerajaan dahulu dalam isu pembinaan kuil tersebut.

Beliau juga menyifatkan bantahan penduduk Seksyen 23 - tempat kuil itu mahu dipindahkan - sebagai isu lama.

Menurutnya, ini kerana penduduk di situ memang sudah lama membantah kuil tersebut dipindahkan ke kawasan mereka.

Ekoran itu, katanya, kerajaan BN dulu menawarkan tapak baru untuk kuil tersebut di Seksyen 18 dan 22.

Dr Mohd Khir juga membela tindakan sekumpulan yang membantah pemindahan kuil itu ke Seksyen 23, dengan mengadakan perarakan kepala lembu ke pejabat sekretariat kerajaan negeri, Jumaat lalu.

Beliau menyifatkan perkara itu, bukan isu agama, tetapi kelapa lembu itu, menurutnya bermaksud "kerajaan telah membuat satu keputusan bodoh seperti lembu dalam menangani kontroversi tersebut".

Tiada ulasan: