HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 September 2009

Papan tanda amaran di 300 lokasi nahas maut

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Lebih 300 kawasan yang dikenal pasti sering berlaku nahas maut di seluruh negara sedang dipasang papan tanda amaran bagi memastikan pemandu lebih berwaspada memandu ketika Aidilfitri.

Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR), Datuk Suret Singh (atas), berkata ia membabitkan kerjasama bersepadu JKJR, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Institut Kajian Keselamatan Jalan Raya Malaysia (Miros).

Beliau berkata, proses pemasangan dilaksanakan berperingkat dan yakin siap menjelang hari terakhir berpuasa.

“Antara papan tanda amaran itu seperti mengurangkan kadar kelajuan terutama di selekoh tajam serta mengingatkan pemandu kesan pemanduan tanpa mengikut had laju.

“Papan tanda itu kekal dan diharapkan pemandu tidak hanya memandang remeh perkara ini,” selepas kempen advokasi jalan raya di Kampung Kerinchi di sini, semalam.

Sepanjang 18 bulan kempen itu, lebih 135,000 topi keledar baru diedarkan kepada pengguna jalan raya selain pelekat bersinar.

Suret berkata, bagi mengelakkan kemalangan, pemandu dan pembonceng motosikal digalakkan pulang ke kampung pada siang mengelak kenderaan mereka dirempuh.

Katanya, daripada kajian, kebanyakan kereta merempuh pemandu motosikal pada waktu malam kerana mendakwa sukar melihatnya.

“Seperti tahun lalu, larangan kenderaan berat dihentikan bagi mengelakkan kesesakan, manakala aktiviti pembinaan tertumpu kepada kerja kritikal,” katanya.

Tiada ulasan: