UTUSAN ONLINE
KUALA LUMPUR – Prihatin dengan nasib yang menimpa penduduk di Padang, Sumatera Barat, Indonesia, 50 pelajar perubatan memilih untuk tidak pulang ke Malaysia sebaliknya menawarkan diri menjadi sukarelawan membantu mangsa-mangsa gempa bumi di sana.
“Ini merupakan contoh terbaik ditunjukkan pelajar Malaysia yang prihatin dengan nasib penduduk di Padang. MKN sangat menghargainya dan amat berbangga dengan tanggungjawab sosial yang ditunjukkan oleh mereka,” kata Datuk Mohamed Tajudeen Abdul Wahab.
Beliau yang merupakan Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, kesemua 323 pelajar dan 18 pelancong Malaysia yang terperangkap akibat gempa tersebut selamat kembali ke tanah air dengan menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).
Semalam, gempa berukuran 7.6 pada skala Richter melanda kawasan tersebut mengorbankan ratusan nyawa.
Gempa di Sumatera Barat itu berlaku hampir sebulan selepas Tasikmalaya, wilayah Jawa Barat digegarkan dengan gempa kuat yang mengorbankan 123 orang.
Semalam, tiga pesawat tentera diterbangkan ke Padang untuk membawa pulang penuntut Malaysia yang menuntut di situ.
Selaras dengan keprihatinan yang ditunjukkan oleh 50 pelajar tersebut, Mohamed Tajudeen berkata, MKN akan menyediakan keperluan asas seperti, air mineral, makanan dan perubatan kepada kesemua pelajar tersebut.
“Ia merupakan semangat yang patut dihargai dan dicontohi oleh seluruh rakyat Malaysia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan