Halaman

Ahad, 8 November 2009

KEMELUT ISU PKR SABAH: Datuk Dr Jeffrey beri kata dua kepada PKR PUSAT ?

Oleh: Mail Mathew

TAMBUNAN: Mantan Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan menangguhkan hasrat beliau untuk meninggalkan perjuangan PKR setelah pucuk kepimpinan pusat parti itu berupaya memujuk beliau, supaya tidak meneruskan niatnya, sebaliknya meminta beliau dan penyokongnya terus kekal berjuang dalam PKR.

Katanya, meskipun sikap keterbukaan masih ada ruang untuk jalan penyelesaian bagi kemelut isu tersebut, namun kata putus itu bergantung kepada persetujuan para pemimpin akar umbi.

“ Kita tidak mahu bertindak secara persendirian kerana prinsip perjuangan kita adalah untuk keadilan rakyat dan mempertahankan sistem demokrasi dinegara ini,” kata beliau dihadapan kira kira lebih 200 pemimpin akar umbi dari pelusuk daerah yang diadakan di Dewan Tambunan Village & Recreation Club (TVRC) kira kira 1km dari pekan disini pada Khamis.

TANGGUH KEPUTUSAN!!!…kita kasih dulu diaorang peluang menimbang semula!

Bagaimana pun Jeffrey bertindak balas dengan mengenakan 4 perkara sebagai kata dua beliau untuk dipenuhi oleh pihak PKR pusat sebelum beliau memberi jawapan positif keatas pelawaan pihak pusat, seperti berikut:-

• Meminta kepimpinan pusat hendaklah mengakui bahawa perlantikkan Pengerusi Perhubungan PKR Sabah baru baru ini suatu kesilapan oleh pengurusan parti;

• Meminta kepimpinan pusat supaya semua proses perlantikkan hendaklah dibuat mengikut prinsip demokrasi dan menghormati suara rakyat akar umbi;

• Membenarkan kuasa autonomi politik dalam pengurusan PKR Sabah;

• Meminta pusat menubuhkan satu jawatankuasa khas PKR untuk mengkaji dan menyiasat kelemahan yang tidak dipatuhi kerajaan seperti yang terkandung didalam ‘Inter Governmental Committee’ (IGC) ketika penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia.

Jeffrey berkata, sekiranya tuntutan yang terkandung didalam 4 perkara tersebut enggan dipatuhi oleh pihak pusat, beliau tidak ada sebab lagi untuk tidak meneruskan niatnya untuk keluar beramai ramai (en block) daripada PKR dan selepas itu akan memikirkan untuk penubuhan parti baru.

SUARA AKAR UMBI…kita mahu proses perlantikkan apa jua jawatan dalaman PKR mesti ikut suara majoriti!

Beliau berkata, bahawa punca pergolakan dalaman PKR diSabah bukan berasaskan jawatan Pengerusi Perhubungan Negeri, sebaliknya banyak berkisar kepada cara pihak pusat membuat sesuatu keputusan yang sukar diterima oleh pemimpin akar umbi.

“ Saya kurang senang dengan cara pusat membuat perlantikkan dimana setiap kali berlaku pertukaran jawatan Pengerusi Perhubungan…pucuk pimpinan buat ikut sesuka hati tanpa perbincangan terlebih dahulu…lantaran itu saya menegur cara sedemikian tetapi tidak diendahkan malah selepas itu pucuk pimpinan melantik Azmin Ali lagi dengan kaedah yang sama,” tegas beliau.

“ Jika beginilah Kuala Lumpur sering menukar pemimpin sesuka hati mereka…bagaimana parti ini dapat meneruskan perjuangannya? Malah, parti itu berisiko menjadi lemah dan mengelirukan ahli ahli,” tambah beliau lagi.

“ Hubungan saya secara peribadi dengan Thamrin tiada masalah kami kawan baik…tetapi apa yang menjadi kekasalan ialah cara pusat mentadbir parti yang sama dengan cara Umno sekarang dimana kaedah seperti itu disukai oleh rakyat Sabah,” tegas Jeffrey.

Kepada satu soalan sama ada beliau akan meneruskan perjuangan ini. apabila kata duanya gagal di terima oleh pucuk pimpinan PKR pusat seperti yang telah diputuskan hari ini beliau berkata:

“ Perjuangan beliau adalah untuk rakyat dan bukan untuk dirinya sendiri, kerana itu beliau begitu lantang bersuara untuk menuntut keadilan dan hak hak rakyat Sabah tanpa mengira suku kaum dan agama sepertimana yang terkandung dalam ‘Deklarasi Tambunan dan 20 Perkara’,” kata beliau.

Ketika ditanya apakah landasan beliau gunakan untuk perjuangan ini tanpa parti kerana sudah tentu beliau dan penyokongnya akan bertindak keluar daripada PKR setelah kata duanya tidak dilayan pusat beliau berkata:

“ Seperti yang diwar warkan oleh mereka diluar sana yang prihatin dengan perjuangan saya, dimana ada yang mengajak saya kembali menyertai semula PBS, atau menyertai SAPP, kedua duanya tidak terlintas sama sekali dihati dan difikirannya..terutamanya BN dimana asas perjuangannya sudah melencong jauh terkeluar dari landasannya,” jelasnya lagi.

Mengenai penubuhan parti baru Jeffrey menegaskan bahawa beliau akan memikirkan persoalan tersebut selepas berbincang dengan akar umbi, tetapi jika maklumbalas yang di terima positif, maka jalan yang terbaik untuk meneruskan perjuangan ini dengan menubuhkan sebuah parti baru berasaskan negeri Sabah.

Beliau juga ditanya apakah pucuk pimpinan PKR pusat khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) ada menghubunginya untuk meyakinkan beliau kekal sebagai Naib Presiden beliau berkata:

“ DSAI ada menghubunginya tetapi bukan secara langsung dan hanya menerusi pemimpin pemimpin lain…dan inilah antara perkara yang merumitkan serta mengecewakan saya…kerana saya beranggapan bahawa seolah olah saya tidak dihormati,” tegas Jeffrey.

” Kalau KL lantik saya sebagai Pengerusi Perhubungan saya tidak terima…tetapi kalau kita balik ke akar umbi untuk pemilihan sebagai suara majoriti akar umbi..ok saya terima,” kata Jeffrey.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.