Halaman

Selasa, 3 November 2009

Ramai Ahli Parlimen kecam tindakan Jais

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menahan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin malam kelmarin atas dakwaan mengajar agama tanpa tauliah dikecam ramai Ahli Parlimen, semalam.

Sambil menyifatkan ia zalim, tidak beradab dan tidak sepatutnya dilakukan terhadap seorang tokoh agama, mereka mahu Majlis Fatwa Kebangsaan melakukan penyelarasan berhubung hal ehwal agama Islam di semua negeri supaya tidak timbul masalah sama pada masa depan.

Datuk Seri Abdul Ghafur Salleh (BN-Kalabakan) ketika membahaskan Bajet 2010, berkata adalah sesuatu yang pelik jika seorang ulama seperti Mohd Asri memerlukan tauliah untuk memberikan ceramah agama di negara ini, sedangkan beliau sepatutnya diberi pengiktirafan.

Pandangannya disokong Datuk Ismail Kasim (BN-Arau) yang mencelah perbahasan itu dan mempertikaikan penahanan Mohd Asri.

"Beliau dibawa ke balai polis Hulu Klang dan agak menghairankan kerana polis hanya meminta kad pengenalannya dan hari ini (semalam) dibawa ke Mahkamah Syariah tetapi pegawai Jais pula tidak datang," katanya.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin berkata, Islam agama dimuliakan dan penguat kuasa agama tidak boleh bertindak sesuka hat menahan individu seperti penjenayah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.