HALAMAN SANTAI

Selasa, 8 Disember 2009

Cadangan Dr M ketinggalan zaman: Nazri

SINAR HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR – Menteri di: Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menyifatkan cadangan mengekalkan modul kursus Biro Tata Negara (BTN) oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai sudah ketinggalan zaman.

:Katanya, beliau tidak bersetuju dengan pendirian Dr Mahathir sekiranya bekas pemimpin negara itu menekankan tentang silibus lama BTN yang hanya menjurus kepada satu bangsa sahaja.

:“Yang ini jangan kita nafikan kerana kalau kita ingin mengatakan bahawa kursus ini tidak perkauman, saya berasa agak sukar untuk kita menafikan kerana banyak bekas-bekas Pengarah BTN ini sekarang duduk dalam pakatan pembangkang, misalnya Datuk Dr Hasan Ali, Datuk Johari Abdul yang kini Ahli Parlimen Sungai Petani dan Saifudin Nasution Ismail yang juga Ahli Parlimen Machang.

“Bagaimana kita ingin menafikan walhal mereka ini dahulunya adalah orang yang terlibat secara langsung dalam BTN termasuklah bapa mentua Datuk Seri Anwar Ibrahim,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas melancarkan dan merasmikan Bas Mesra Rakyat Cosmic Angle and Tours Sdn Bhd, di ibu negara, semalam.

Turut hadir, Pengarah Urusan Cosm:ic Angle and Tours Sdn Bhd, Abu Hasan Awang; Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP), Datuk Halimah Mohamed Sadique dan Pengarah LPKP, Datin Naimah Ramli.

:Mohamed Nazri berkata, beliau pernah menerima aduan yang mengatakan bahawa silibus kursus BTN bukannya menyatukan rakyat tetapi memecah-belahnya.

:“Sindrom menafikan sudah lama tiada dan saya setuju dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang memperkenalkan 1Malaysia. Kursus BTN mesti membawa kepada penyatuan semua kaum di negara ini,” katanya.

Tiada ulasan: