BERNAMA
NIBONG TEBAL: Seorang guru lelaki hari ini mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencabul seorang murid perempuan yang berusia lapan tahun.
Anuar Sha''ari, 47, dituduh melakukan melakukan kesalahan itu di kelas muzik di sebuah sekolah rendah di Jawi di antara jam 3 hingga 4 petang pada 17 November lalu.
Dia didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua hukuman berkenaan.
Majistret Mohd Izham Ali, menetapkan 20 Januari tahun depan untuk sebutan semula kes dan memerintahkan tertuduh dijamin RM4,000 dengan seorang penjamin. Wang jaminan itu dibayar bapa mentuanya.
Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya Yusaini Amir manakala tertuduh diwakili peguamnya, Sudesh Singh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan