HALAMAN SANTAI

Khamis, 11 Mac 2010

Gerakan anggap Zulkifli pelampau agama

SINAR HARIAN ONLINE


PULAU PINANG - Gerakan Pulau Pinang menggesa kepimpinan UMNO dan Barisan Nasional (BN) tidak menerima Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Zulkifli Noordin yang disingkirkan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Sabtu lalu.

Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan berkata, Zulkifli yang kini menjadi Ahli Parlimen Bebas dilihat sebagai seorang pelampau agama dan perkauman.

“Beliau disingkirkan PKR kerana tidak bersedia menerima kepelbagaian kaum dan agama.

“Menerima beliau masuk UMNO dan BN tidak akan mencerminkan BN sebagai sebuah parti campuran pelbagai kaum dan agama yang sederhana dan berkhidmat bagi kepentingan semua rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Hock Nan yang juga Naib Presiden Gerakan berkata, Zulkifli telah mengetuai satu bantahan yang sangat bising untuk mengganggu Forum Masuk Islam Majlis Peguam, di sini, pada 9 Ogos 2008.

"Gerakan agak cemas dengan kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa pintu UMNO sentiasa terbuka kepada sesiapa yang ingin menjadi anggotanya, termasuk Zulkifli.

"BN amnya dan UMNO khasnya janganlah menerima pelampau agama dan perkauman," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: