Kerajaan Malaysia bersiap-sedia melaksanakan rancangan kecemasan kemarau termasuk program catuan air dan pembenihan awan sekiranya kemarau sedia-ada berterusan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.
Ketika ini, beberapa kawasan seperti Johor, Negeri Sembilan, Labuan, Sabah dan Sarawak mengalami kekurngan air yang kritikal dan terpaksa mencatu air.
Di Lembah Klang, empangan membekalkan air kepada pengguna masih di paras 90 peratus penuh.
"Kita masih mempunyai air sekucupnya untuk minggu-minggu mendatang tetapi sekiranya kemaraun ini berterusan kita akan ambil langkah kecemasan," katanya.
Chin menambah pihaknya juga sedang membuat persiapan menghadapi musim kering yang dijangka pada Jun dan Julai depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan