| BERNAMA | ||
| |
Beliau berkata enakman Majlis Agama Islam di Malaysia jelas menunjukkan lelaki boleh berkahwin apabila berumur 18 tahun ke atas manakala perempuan pula berusia 16 tahun ke atas.
"Bayangkan bagaimana budak perempuan berusia 11 tahun dikahwinkan dengan seorang lelaki yang berusia 40 tahun lebih, dia menggunakan kalimah iaitu sunnah tetapi kita tengok sunnah itu pun tidak dilaksanakan...hanya mengikut nafsu
sendiri," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan program mencari Imam Muda Astro Oasis dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di Kuala Lumpur, semalam.
Mengenai program mencari Imam Muda Astro Oasis dan Jawi itu, Jamil Khir berkata ia dapat membentuk generasi muda ke arah perilaku yang baik dan berakhlak.
1 ulasan:
Yang paling saya tidak faham ialah kenapa Nabi Muhammmad berkahwin dengan Siti Aisyah diketika dia berumur 6 tahun ?
Dimana relevannya tragedi ini ?
Disinilah punca masaalahnya yang menyebabkan pengikutnya juga mahu berbuat sepertimana yang di buat oleh Nabinya......
Catat Ulasan