KUALA LUMPUR: Ramli Yusuff, bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial hari ini dibebaskan dari tiga tuduhan kerana gagal mengisyitharkan hartanya oleh Mahkamah Sesyen di sini.
Hakim M Gunalan memutuskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah gagal membuktikan kes ‘prima facie’ terhadap Ramli, orang ketiga paling berkuasa di kalangan anggota polis suatu ketika dahulu.
Ramli mengaitkan tuduhan-tuduhan terhadapnya dan para pegawai polis yang lain adalah kesan dari siasatan mereka terhadap kumpulan haram.
Pendakwa raya dan juga penasihat undang-undang SPRM, Abdul Razak Musa menyatakan suruhanjaya itu akan membuat rayuan, lapor Malaysiakini.
Sementara itu, Ramli, kelihatan bergenang air mata mengucapkan terima kasih kepada para peguamnya, isteri dan anak perempuan beliau yang memberi semangat kepadanya.
"Kes ini telah menyebabkan saya kehilangan ranking, senioriti dan reputasi akibat dari siasatan ini," katanya.
Ramli juga menggesa SPRM supaya menarik ballik tuduhan terhadap kawannya, Rosli Dahlan, seorang peguam yang juga menghadapi tuduhan tidak mengisyiharkan asetnya kepada dulunya, Badan Pencegah Rasuah (BPR).
Ramli dikaitkan oleh BPR sebagai pegawai yang mempunyai aset bernilai RM27 juta di mana beliau dengan sekeras-kerasnya menafikannya dan didakwa pada 1 November 2007 kerana gagal mengisytiharkan harta-hartanya iaitu:
1. Dua lot pejabat dimiliki oleh kakak/adik perempuannya di Jalan Yap Kuan Seng di Kuala Lumpur. Harta-harta itu didaftar di bawah Bonus Circle Sdn Bhd dan dibeli dengan harga melebihi sedikit dari paras RM1 juta. Mereka merupakan pengarah-pengarah dalam syarikat pelaburan itu.
2. Memiliki 154,000 unit saham dalam Pemaju Industries Bhd
3. Tidak mengisytiharkan saham-saham dalam Telekom Malaysia Bhd.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.