BERNAMA
KUALA LUMPUR - Situasi pandemik Influenza A (H1N1) sejak tiga minggu lalu menunjukkan peningkatan purata 50 kes positif berbanding 20 kes pada bulan Januari dan Februari.
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, jumlah kes terkumpul sehingga kini adalah 12,688 kes.
Menurutnya, terdapat 380 kes baru dengan gejala serupa Influenza ILI) yang dirawat di hospital di seluruh negara.
"Jumlah terkumpul kematian kekal pada 77 orang sehingga kini.
“10 kluster ILI dilaporkan sepanjang minggu ini, melibatkan negeri-negeri Kelantan, Perak, Kedah, Selangor dan Melaka,” katanya.
Memandangkan kejadian kluster banyak melibatkan pelajar-pelajar sekolah dan institusi, Liow menasihatkan pelajar serta ibu bapa mengamalkan langkah pencegahan seperti mendapat rawatan segera, tinggal di rumah dan tidak ke sekolah, kerap basuh tangan, pakai penutup hidung dan mulut, amalkan adab batuk yang baik serta hidup sihat iaitu dengan mengambil diet yang seimbang:.
:Masyarakat juga disaran supaya terus berwaspada dengan sentiasa mengamalkan cara hidup sihat dan kebersihan diri, mendapatkan rawatan awal dan tidak mengabaikan langkah-langkah pencegahan Influenza A (H1N1).
:Menurutnya, suntikan H1N1 kini dibuka kepada orang awam yang berisiko tinggi seperti wanita hamil, pesakit yang mengalami kegagalan buah pinggang dan pesakit yang menghidapi penyakit kronik.
Katanya, suntikan boleh didapati di 104 fasiliti kesihatan yang telah dikenal pasti.
Maklumat lengkap fasiliti kesihatan kerajaan boleh diperolehi melalui laman web http://www.moh.gov.my atau http://h1n1.moh.gov.my.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan