Oleh : HALIK ZAMAN SETIAUSAHA Barisan Nasional Sabah, Datuk Abdul Rahman Dahlan mengajak generasi muda Kota Belud ke arah menentukan ‘parti manakah akan diberi mandat untuk membentuk Kerajaan pada pilihanraya akan datang’, mungkin tujuannya dengan lain perkataan menggunakan tenaga muda untuk memudakan UMNO/BN membentuk Kerajaan meluaskan kuasa diktator UMNO di sebalik BN untuk memerintah Malaysia selama lamanya. Bijaknya Rahman membuat andaian songsang bahawa mereka yang berumur di bawah 40-an majoriti dan akan menghukum sesiapa sahaja yang tidak mahu mendengar hasrat dan aspirasi muda ini akan dihukum oleh generasi 40-an. Begitu pedas dan tajam Rahman Dahlan sindir Salleh Tun Said yang sudah melebihi 40 tahun ke atas. Dalam diam dia menikam. Rahman Dahlan (budak kampung Serusup Tuaran) menumpang kasih di Kota Belud yang sengaja dirancang oleh Datuk Musa Haji Aman ditempatkan beliau di Kota Belud dengan niat untuk menghakis pengaruh politik Datuk Salleh yang kian hari kian kuat di Kota Belud. Cerita ini semua orang kedai kopi pun tahu perancangan Musa Aman yang 'kotor' terhadap Datuk Salleh yang kelihatan senantiasa riang tidak ambil kisah dan terus taat di bawah kepimpinan Datuk Musa Aman dalam UMNO Sabah. Rahman tubuh Squad 169 yang dianggotai oleh orang muda Kota Belud. Beliau mengajak orang muda Kota Belud buat kebajikan dari kampung ke kampung; malah niatnya mahu membawa orang muda Kota Belud menjelajah hingga luar Kota Belud dengan niat untuk memahkotakan UMNO sebagai pemerintah turun temurun seraya memperalatkan orang muda. Sejajar dengan halatuju UMNO menggunakan tenaga orang orang muda panjat bukit, daki gunung, merentasi desa, melayari lautan hingga ke puncak yang paling tinggi seperti ekspedisi gunung everest. Balik Malaysia dengan penuh kejayaan terus ke Istana menerima gelaran Datuk. Habis cerita. Tetapi lama kelamaan orang mudapun menjadi tua, jadi peniaga kecil-kecilan. Paling untung jadi Taukey jual ayam. Itulah nasib orang muda dalam UMNO. Nasib sebegini akan Rahman wariskan kepada orang muda Kota Belud. Kalau Rahman Dahlan ikhlas dalam misi politiknya, sepatutnya beliau kembali ke Kampungnya Serusup Tuaran menjadi pelapis YB Datuk Hajiji Haji Noor kerana Hajiji pun sudah mulai nampak tua sekalipun berjiwa muda!. Dengan berkerja kuat membimbing orang muda di kampung Serusup khasnya dan amnya di seluruh daerah Tuaran; Rahman seharusnya melatih mereka yang di bawah umur 40-an untuk menjadi seorang ahli politik. Rahman sewajarnya memberikan mereka semangat, membimbing mereka melalui kursus politik, memberi pengajaran kepada orang muda bagaimana untuk menjadi seorang pemimpin politik Negeri dan Negara yang baik. Bimbing mereka dalam kegiatan sampingan seperti riadah, gotong-royong dan mendampingi masyarakat serta mengambil tahu hal ehwal masyarakat setempat. Bukan untuk memperkudakan orang muda demi untuk mengukuhkan agenda politik peribadi Rahman Dahlan sejajar dengan apa yang dimahukan oleh Datuk Musa Aman 'divide and rule' yang menjadi tradisi UMNO kini dulu dan selama-lamanya. Apa kata Rahman Dahlan di bawah ini:- "Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional turut menasihati generasi muda di daerah ini agar tidak mudah terpedaya dengan fitnah yang disebar luaskan oleh penulis-penulis blog di laman internet, ini kerana ia bertujuan menimbulkan kebencian rakyat terhadap kerajaan yang menjadi pemerintah di negara ini." Ini bererti Rahman Dahlan mengajak orang muda kembali ke alam sempit di alam fatamorgana. Beliau terlalu fobia dengan perkembangan dunia bloggers di serata dunia kerana bloggerslah Negara Amerika jatuh ke tangan seorang yang berkulit hitam; kerana bloggerslah Kerajaan Australia bertukar tangan; kerana bloggers lah kejatuhan Kerajaan Jepun, kerana bloggerslah 5 buah negeri BN hancur PRU-12 2008. Dalam erti kata yang lain, Rahman mahu mengajak orang muda membaca Utusan Malaysia (Meloya), Berita TV1, TV2, TV3 dan Astro Awani jagoan fitnah masa terkini. Untuk pengetahuan orang muda Sabah, PKR kini punya program belia-beliawanis untuk melatih orang muda menjadi pemimpin politik yang berkuasa dalam bidang ‘keputusan dan kelulusan’ untuk dijadikan bakal calon PRU13. Sekurang kurangnya 90% bakal calon terdiri daripada anak muda sebagai pelapis menjadi Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet Kerajaan Negeri dan Kerajaan Pusat. Buat apa tunggu lama lama dalam UMNO? Kalau Menteri-Menterinya menongkat lagi, tunggu mati baru diganti. |
HALAMAN SANTAI
Ahad, 4 April 2010
VISI RAHMAN DAHLAN KETINGGALAN ZAMAN?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan