Temubual Mingguan Malaysia dengan mantan Menteri Pertanian, mantan Setiausaha Agong UMNO dan mantan Menteri Besar Kedah DS Sanusi Junid amat menarik. Beliau menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim tidak sehebat mana hanya kita sahaja yang memberi ruang kepada Anwar.
Mungkin dalam beberapa perkara pendapat Sanusi Junid ini ada benarnya tetapi yang menjadi kemusykilan ialah rantaian atau networking Anwar Ibrahim dengan dunia luar dan negara-negara besar amat luas sehingga mampu muncul di pentas-pentas forum antarabangsa.
Apakah setelah tidak ada jawatan di dalam cabinet mereka telah pencen dan hanya berulang-alik ke mesjid dan surau mendengar bacaan kitab dan menunggu saat-saat kematian.
Apa kurangnya mereka jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim untuk bercakap dipentas-pentas dan forum antarabangsa? Hari ini mereka hanya “wait and see” .
Mungkin Sanusi boleh bercakap di pentas antarabangsa tentang "The Tragedy of Mat Jenin" atau "The Poverty Must Die" berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam pembasmian kemiskinan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan