Halaman

Isnin, 5 April 2010

Siapa kata Anwar Ibrahim tidak hebat?

Oleh Mummy Rokiah

Temubual Mingguan Malaysia dengan mantan Menteri Pertanian, mantan Setiausaha Agong UMNO dan mantan Menteri Besar Kedah DS Sanusi Junid amat menarik. Beliau menyimpulkan bahawa Anwar Ibrahim tidak sehebat mana hanya kita sahaja yang memberi ruang kepada Anwar.

Mungkin dalam beberapa perkara pendapat Sanusi Junid ini ada benarnya tetapi yang menjadi kemusykilan ialah rantaian atau networking Anwar Ibrahim dengan dunia luar dan negara-negara besar amat luas sehingga mampu muncul di pentas-pentas forum antarabangsa.

Persoalannya hari ini kemana bekas-bekas pemimpin kita yang dulu di dalam kabinet yang konon hebat, mengapa mereka tidak tampil mengembangkan sayap mereka seperti Anwar Ibrahim? Mengapa mereka membiar Anwar Ibrahim sahaja yang “bergedembong” @ temberang Ahli-Ahli Parlimen Australia contohnya.


Apakah setelah tidak ada jawatan di dalam cabinet mereka telah pencen dan hanya berulang-alik ke mesjid dan surau mendengar bacaan kitab dan menunggu saat-saat kematian.

Apa kurangnya mereka jika dibandingkan dengan Anwar Ibrahim untuk bercakap dipentas-pentas dan forum antarabangsa? Hari ini mereka hanya “wait and see” .

Mungkin Sanusi boleh bercakap di pentas antarabangsa tentang "The Tragedy of Mat Jenin" atau "The Poverty Must Die" berdasarkan pengalaman beliau yang luas dalam pembasmian kemiskinan.

http://mummyrokiah.blogspot.com/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.