Halaman

Selasa, 22 Jun 2010

PAS dakwa tiada bukti kewujudan JI


Par Oleh Fazy Sahir


KUALA LUMPUR: Ahli-ahli Parlimen PAS hari ini menggesa Menteri Dalam Negeri (KDN), Datuk Seri Hishammuddin Hussein, mengeluarkan kenyataan rasmi kepada Dewan Rakyat dalam masa terdekat bagi berhubung kewujudan gerakan pengganas Jemaah Islamiyah (JI) di beberapa institusi pengajian tinggi tempatan.

Menurut Naib Presiden PAS Salahahuddin Ayub, pihak KDN sehingga kini masih gagal membuktikan kewujudan gerakan tersebut di beberapa universiti terlibat.

"Kami semua selaku Ahli Parlimen PAS kesal dan kami minta suatu kenyataan rasmi oleh menteri dibuat di Parlimen dalam kadar segera yang kononnya wujud JI ini yang melibatkan pelajar-pelajar IPTA kita.

"Melalui taklimat yang diberikan pihak universiti bersama Kementerian pengajian Tinggi (KPT) berkaitan isu JI, semuanya hanya persepsi kononnya wujud gerakan keganasan di negara kita," katanya yang mewakili Ahli Parlimen PAS dalam sidang media di lobi parlimen pagi tadi.

Malah beliau menyatakan kebimbangan bahawa kemungkinan wujudnya tangkapan tanpa bicara dibawah Akta Keselamtan Dalam Negeri (ISA) ke atas ahli politik pembangkang mahupun tokoh-tokoh agama.

"Saya bimbang ada orang atau tokoh-tokoh tertentu di kambing hitamkan untuk agenda mereka. Kebimbangan kami mereka ditangkap disebabkan isu ini (JI)," katanya.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar turut menyifatkan tindakan Hishamuddin serta Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan sebagai satu ‘kegilaan politik’ yang cuba ditonjolkan mereka bagi mengelirukan rakyat.

Ia bagi menjawab tohmahan Hishamuddin sebelum ini yang mendakwa pihak pembangkang ‘gila’ kerana menganggap tujuan kerajaan mendedahkan isu JI sebagai sandiwara mengelirukan rakyat.

Mahfuz yang juga Naib Presiden PAS mencabar Hishammuddin mendedahkan di Dewan Rakyat berhubung aktiviti pihak pengganas yang mahu menyerang berhala Dewi Kuan Yin di Air Itam serta berhala Dewa Murugan di Batu Caves sebagaimana yang beliau jelaskan kepada media massa sebelum ini.

Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata isu JI yang di uar-uarkan kebelakangan ini bagi mengwujudkan suasana Islam -fobia terutama di kalangan orang bukan Islam.

Ini kerana kenyataan tidak bertanggungjawab oleh Hishammuddin dan Musa membantutkan minat para pelabur asing khususnya dari Timur Tengah untuk datang melabur di negara ini.

“Mereka mungkin tak sedar yang isu ini (JI) sebenarnya mengakibatkan para pelabur dari Timur Tengah tak berminat untuk melabur di dalam negara kita kononnya ada pengganas dan sebagainya,” ujarnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.