| Harakahdaily |
| KUALA LUMPUR: Pegawai-pegawai tinggi kerajaan yang dipergunakan untuk kepentingan Barisan Nasional (BN) hanya mampu membuka mulut apabila tarikh persaraan mereka diumumkan.
“Rakyat kini jelas bahawa banyak perkara dan salahguna kuasa yang berlaku dalam pentadbiran negara dan pegawai-pegawai tinggi kerajaan ini terdesak untuk bersubahat melindungi mereka demi untuk memastikan pegawai ini boleh pencen dengan selamat tanpa tekanan,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily. Justeru, katanya PAS melihat bahawa tindakan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan kepada rakyat bahawa terdapatnya pihak ketiga yang memberikan arahan kepada anggota Polis Diraja Malaysia hingga mengganggu struktur command and control dalam organisasinya sebagai tindakan yang wajar. Katanya, PAS menyifatkannya sebagai tindakan yang belum terlewat, walaupun beliau kini telah dibersarakan melalui kenyataan akhbar Menteri Dalam Negeri. Baginya, memang agak mengejutkan kerana persaraannya disampaikan melalui media bukannya melalui arahan dalaman. Ini, ujarnya tidak sepatutnya berlaku ke atas seorang yang amat setia kepada kerajaan, kerana pengumuman persaraan beliau dengan terus menamakan pengganti itu ibarat tindakan "habis madu sepah dibuang". Tambahnya, Musa begitu popular dalam PDRM selepas berjaya mengheret Datuk Mokhtar Hashim, mantan Menteri Belia dan Sukan yang telah membunuh Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan, Mohamad Taha Talib pada 1982 kerana berebut jawatan dalam pemilihan Umno Bahagian Tampin. “Selepas itu beliau juga turut terlibat dalam kes tuduhan liwat ke atas Datuk seri Anwar Ibrahim pada 1998 dan 2009. “Beliau juga berjaya melepasi tuduhan rasuah ke atasnya bernilai RM3 juta yang didakwa diterima kerana membebaskan 3 orang anggota sindiket judi haram. Peguam Negara dan SPRM menutup kes ini pada 2007 dengan penuh kontroversi,” ujarnya lagi. PAS, katanya melihat Musa telah melalui kemuncaknya perkhidmatan dengan begitu akrab membantu Barisan Nasional atas nama kerajaan. Namun, beliau berkata, cetusan rasa tidak puas hati yang disebutkan Musa baru-baru ini menceritakan hakikat tekanan yang dialami sepanjang menjadi anggota polis di bawah pentadbiran BN. Idris menambah, tangan dan kaki Musa terikat dalam banyak kes termasuklah kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang melibatkan anggotanya dan beberapa orang politik. “Pengakuanya kepada media bahawa terdapatnya campur tangan politik ketika beliau jalankan tugas menyokong penuh kenyataan mantan Pengarah Badan Pencegah Rasuah, Datuk Shafee Yahaya yang turut menyatakan terdapatnya campurtangan dan penglibatan orang politik dalam kerajaan yang mengganggu penjawat awam melaksanakan tugas hingga mendorong penyalahgunaan kuasa dan rasuah,” ujarnya. Beliau berkata, rakyat akan terus membuka mata dan telinga bagi mengetahui kebenaran itu. Katanya, kenyataan Musa dan Shafee adalah kebenaran yang sukar disangkal kerana merekalah antara orang-orang yang banyak dipergunakan oleh pihak-pihak berkepentingan khususnya melalui Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Perdana Menteri yang begitu kebal dari undang-undang. Justeru, beliau menambah, PAS berharap agar pegawai-pegawai kerajaan tidak membiarkan diri mereka terus dijadikan alat untuk kepentingan pemimpin BN. Jika tidak, ujarnya mereka akan mengakhiri perkhidmatan mereka dengan perasaan bersalah kepada rakyat dan negara ini sama seperti yang Musa dan Shafee lalui. |
HALAMAN SANTAI
Rabu, 8 September 2010
Alat BN: Buka mulut setelah tarikh bersara diumum
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
19 ulasan:
Diharapkan penjelasan yang mendalam akan dibuat supaya rakyat memahami isu ini.
Beliau jangan terlalu percaya dengn kata-kata media. Adakah itu benar atau tidak semua kenyataan media itu. Sebagai seorang KPN semestinya sudah masak dengan media.
Musa Hassan hanya mengatakan campurtangan dalam urusan polis. kita tidak tahu apa jenis urusan yang dilakukan. jadi PAS tidak perlu bersusah payah menghuraikan isu ini secara panjang lebar.
Satu demi satu pendedahan dilakukan namun masih kabur-kabur.
pendedahan yang dibuat perlulah benar.
KPN hanya menyatakan terdapat campur tangan dalam urusan polis. Tetapi bukannya menjadi alat BN seperti yang dikatakan oleh PAS.
KDN hari ini menafikan dakwaan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan bahawa terdapat campurtangan pihak ketiga dalam urusan kepolisian... mungkin ada penjelasan terperinci selepas ini bagi menutup peluang PR mempergunakan isu ini.
campurtangan yang bagaimana dan sejauh manakah campurtangan itu dalam urusan PDRM seperti yang dikatakan oleh KPN?
nampaknya pernyataan KPN Musa Hassan dipolitikkan oleh pembangkang demi kepentingan mereka dalam persaingan politik.
penjelasan serta siasatan harus dilakukan untuk mengelakkan salah faham dan salah anggap di kalangan rakyat terhadap kewibawaan PDRM.
diharap mana2 ahli politik tidak menyalah gunakan kuasa yang ada untuk menyembunyikan jenayah yang dilakukan..
tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebal dari undang2. sesiapa yang didapati bersalah maka adalah wajar dihukum mengikut lunas undang2 yang ada.
Hal ini harus diperjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan berlaku.
Sebelum penjelasan dibuat, lebih baik jangan buat andaian kerana ia hanya mengeruhkan keadaan. Tambahan pula Musa Hassan tak menyatakan secara jelas akan hal ni, so apa yang ada di fikiran beliau belum tentu sama seperti yang difikirkan oleh PAS.
Inilah hebatnya dunia politik. Andaian yang dilemparkan cukup utk menimbulkan kontroversi... huhuhu kalah dunia hiburan. hahaha
Saya harap pembaca taklah terpengaruh dengan hal ni. Kita tunggu ja cerita sebenar dari mulut Musa Hassan.
Semoga kenyataan Musa ni tak dipolitikkan bagi kepentingan individu tertentu.
Diharapkan kes ini akan selesai. Semua ahli politik tidak harus menyalahgunakan kuasa mereka.
Catat Ulasan