TAWAU: Parti Liberal Demokratik (LDP) disifatkan parti yang tiada masa depan berikutan tindakan Naib Presiden-nya, Datuk Peter Pang En Yin bertindak keluar dari parti itu.
Ketua Umno Bahagian Kalabakan, Datuk Abdul Ghapur Salleh berkata, tindakan Peter Pang itu tidak mustahil akan turut diikuti oleh ahli-ahli lain parti itu.
“Mungkin ada pergeseran dalam ahli majlis tertinggi parti itu yang tidak senang dengan kenyataan Chin memperkotak-katikkan kepimpinan Barisan Nasional (BN) Negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam kenyataannya kepada media.
Dalam pada itu, Ghapur mengingatkan ahli-ahli BN lain supaya tidak mengkhianati semangat setiakawan di dalam BN.
Jika terdapat sesuatu yang tidak kena katanya, perkara itu seharusnya dikemukakan secara terhormat.
“Kita jangan jadi penderhaka kepada pemimpin kita sendiri. Seharusnya kita bersama-sama mempertahankan BN Sabah dan pemimpin-pemimpinnya agar keyakinan rakyat ke atas kerajaan bertambah,” ujarnya.
Dalam hal sama, beliau mengulangi kenyataannya sebelum ini yang menyifatkan Parti LDP sebagai parti rojak.
Rabu lalu, Peter Pang yang juga Timbalan Ketua Menteri Sabah mengumumkan tindakannya untuk keluar dari Parti LDP dan menawarkan untuk melepaskan semua jawatannya di dalam kerajaan.
Beliau bagaimanapun tidak melepaskan jawatannya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Karamunting.
Peter Pang dalam kenyataannya sebelum ini berkata, tindakannya itu dibuat kerana beliau tidak bersetuju dengan pendirian parti itu untuk menentang kepimpinan Pengerusi BN Sabah merangkap Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman. -NST
HALAMAN SANTAI
Ahad, 5 September 2010
LDP disifatkan tiada masa depan
SABAH DAILY
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan