| BERNAMA |
Presidennya Anuar Manap berkata kenyataan menghina oleh Azmin yang bakal bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan parti itu merupakan usaha terdesaknya untuk meraih sokongan.
"Janganlah terlalu mudah melabelkan pemimpin kita dan menghina hanya kerana ingin menang dalam perebutan jawatan dalam parti yang kita tahu sedang bergolak dan kacau bilau," katanya kepada Bernama hari ini.
Anuar berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Azmin yang menyifatkan Dr Mahathir yang sedang menerima rawatan di Melbourne, Australia kerana jangkitan paru-paru sebagai "pemimpin yang sedang tersungkur".
Azmin membuat sindiran itu ketika berucap merasmikan mesyuarat agung tahunan PKR cabang Gombak semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.