Halaman

Selasa, 5 Oktober 2010

Shafie Apdal: Umno Kedah kembali mantap

BERNAMA


Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, berkata beliau tidak berhasrat memegang jawatan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah untuk tempoh yang lama dan akan menyerahkannya kepada pemimpin dari negeri ini pada masa yang ditentukan oleh kepimpinan parti.

Katanya, Umno Kedah sudah kembali mantap dan terpulang kepada pucuk pimpinan parti untuk menentukan pemimpin yang layak menjadi pengerusi bagi merampas kembali Kedah daripada pakatan pembangkang.

Shafie yang memegang jawatan itu sejak April tahun lalu, berkata beliau memegang jawatan itu untuk sementara bagi membantu Umno negeri selepas kekalahan pada pilihan raya umum 2008.

"Saya pun tak nak lama. Saya hanya nak bantu. Mereka minta saya bantu...maka saya pun bantulah. Di Kedah, Umno di sini sudah lain dan kerjasama antara parti komponen Barisan Nasional juga semakin mantap," katanya kepada pemberita pada majlis sambutan Aildifitri Barisan Nasional Kedah di Alor Setar hari ini.

Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata UMNO Bahagian Sungai Petani yang digantung pengurusan pentadbirannya masih ditadbir oleh Badan Perhubungan Umno Negeri.

Katanya, Umno negeri telah mengatur pertemuan antara dua kumpulan yang bertelagah di bahagian itu bagi mencari jalan penyesaian.

"Walau apapun masalah dalam bahagian Sungai Petani ini sebenarnya tidaklah seteruk yang digembar-gemburkan...tidak seteruk masalah bahagian (cabang) dalam PKR," katanya.

Pada 21 Julai lalu, Majlis Tertinggi Umno mengarahkan supaya pengurusan pentadbiran Bahagian Sungai Petani diambil alih oleh badan perhubungan Umno Kedah berikutan masalah dalaman bahagian itu.

Mengenai pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Kelantan kawasan Galas, Shafie berkata walaupun jentera Umno dilihat mantap kerana diketuai ahli parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah, Umno Kedah, tetap akan menghantar rombongan untuk membantu kempen pilihan raya itu.

"Walaupun kita sedar dan yakin dengan jentera Umno di Kelantan, kita tetap kena bantu untuk menguatkannya lagi," katanya.


12 ulasan:

  1. Disebabkan Shafie Apdal ingin menduduki tempat KM Sabah. Barulah dia mahu melepas tangan terhadap jawatan di Kedah.

    BalasPadam
  2. UMNO perlu terus berusaha jika ingin menjadi lebih kuat dan mendapat sokongan rakyat.

    BalasPadam
  3. ShaFie sudah buktikan dia dapat bekerjasama dgn 'orang lain'...jadi apa yg shafie perlu lakukan adalah buktikan bahawa dia jg boleh bekerjasama dgn 'orang sendiri' di Sabah...

    BalasPadam
  4. Saya masih ragu dengan kebolehan Shafie untuk menduduki tempat KM Sabah.

    BalasPadam
  5. jawatan pengerusi badan perhubungan Umno Kedah yang dipegang oleh Shafie Afdal adalah jawatan tinggi, mengapa dia sanggup melepaskan jawatan tersebut. mungkin ini berkaitan dgn gempar-gempur bahawa dia ingin merebut jawatan Ketua Menteri Sabah.

    BalasPadam
  6. jika benar umno Kedah kembali mantap, ini merupakan berita baik untuk umno. tapi ini tidak bermakna usaha berhenti setakat disitu. usaha masih perlu diteruskan dan amalkan budaya bantu-membantu untuk mengukuhkan kedudukan umno/Bn di daerah2 lain.

    BalasPadam
  7. Jangan terpedaya cakap-cakap Shafie Apdal tu... Kami kat Kedah tau apa sebenar yang berlaku.

    Mungkin dia kata begitu untuk ' dilihat ' oleh pimpinan tertinggi dan mungkin dapat habuan KM Sabah seperti diwar-warkan, nanti....

    BalasPadam
  8. Sekalipun Musa Aman akan turun takhta, Shafie Apdal tidak akan menjadi pengganti. Rakyat Sabah, sedarlah.

    BalasPadam
  9. jika benar Umno Kedah sudah kembali mantap, Shafie tk perlulah nak lepaskan jawatannya di Kedah, lebih baik ia teruskan perjuangannya sebagai pengerusi UMNO kedah.

    BalasPadam
  10. Kita tengok dan lihat apa yang akan berlaku. KM sabah sekarang adalah yang terbaik untuk kita rakyat sabah.

    BalasPadam
  11. OK atau tak keadaannya, hanya orang Kedah ja yang tahu. Tapi saya tetap harap agar keadaan politik Malaysia menuju ke arah yang lebih baik :)

    BalasPadam
  12. Desas desus pasal si Shafie ni pula, terpulanglah pada rakyat utk membuat penilaian. Saya yakin rakyat tahu apa yang terbaik utk Sabah.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.