HALAMAN SANTAI

Selasa, 2 November 2010

Habuan RM100 1Malaysia di Galas

20101102_Galas_1malaysia_RM100_04Oleh Teoh El Sen

GUA MUSANG: Dalam keghairahan menagih kemenangan, timbul dakwaan pemberian "habuan" RM100 kepada mereka yang mengambil bahagian dalam "perarakan 1Malaysia" di Galas Ahad lalu.

Para pegawai DAP pagi tadi memberitahu FMT bahawa terdapat serbuan orang ramai di sebuah rumah kedai bersebelahan kedai serbaguna untuk mengambil wang tersebut.

Apabila wartawan kami memeriksa kawasan itu di sepanjang Jalan Lama Gua Musang sekitar jam 10.00 pagi tadi beberapa orang awam kelihatan naik ke tingkat dua rumah kedai itu, manakala yang lain kelihatan lekas-lekas beredar dari tempat itu.

Apabila ditanya, mereka menjawab tujuan mereka ke situ ialah untuk memeriksa tekanan darah secara percuma. Ada yang mendakwa bahawa beliau pergi untuk mendaftar sebagai pengundi untuk pilihan raya umum akan datang.

Ada yang berkata, MCA mempunyai banyak program/majlis dan menghalau wartawan FMT ini dengan menyatakan tidak ada benda yang menarik untuk dilihat di sini.

Bagaimanapun, salah seorang dari peserta secara rahsia memberi isyarat dengan menggosok ibu jari dengan jari telunjuk bahawa terdapat pemberian wang di situ.

Berbaris untuk mendapat "habuan"

IMG00633-20101102-1003Berikutan terdapat orang awam sedang berbaris di tingkat dua, wartawan kami melihat sekumpulan lebih kurang 10 orang mengelilingi meja di mana seorang wanita yang memakai baju T polo berlambang 1Malaysia sedang duduk.

Mereka mengeluarkan kad pengenalan dan wanita itu meneliti pada kertas yang kelihatan seperti senarai nama pengundi.

Apabila disoal, ada majlis ke di sini, wanita itu menjawab, "adakah anda seorang pemberita? Kami sedang mendaftar mereka yang akan menghadiri jamuan makan malam MCA. Cukup? Terima kasih. Salah seorang pembantu cuba menutup pintu tapi beliau memekik "tak payah".

Terdengar beliau berkata, "jika ada orang bertanya awak, hanya katakan pendaftaran ini hanya untuk jamuan makan malam, okay!"

Di luar, seorang lelaki memakai baju T berlambang 1Malaysia dilihat mengedar risalah untuk majlis Menteri Kesihatan Liow Tiong Lai dan Timbalan Menteri Pelajaran Wee Ka Siong di sebelah petang.

Apabila ditanya, beliau segera menafikan ianya melibatkan wang dan menyatakan mereka pergi ke atas untuk mengambil boucer untuk jamuan makan malam. Beliau enggan memberitahu berapa ramai dalam senarai.

Seorang lagi lelaki, apabila ditanya tentang wang dengan selamba menjawab, "ini untuk perarakan 1Malaysia, setiap orang mendapat RM100 tapi saya berada di sini dengan kawan.

Bagaimanapun, seorang peserta menunjukkan satu sampul surat berwarna putih dengan perkataan "makanan" dan "penginapan" termasuk dua keping wang RM50 didalamnya kepada wartawan Merdeka Review.

Menurut portal berita itu, seorang lelaki turun dari tingkat dua disoal adakah wang itu sebanyak RM500 tapi lelaki itu memberi isyarat dengan jari telunjuk menunjukkan satu.


Tiada ulasan: