Oleh Muda Mohd Noor
GALAS: Kemenangan Barisan Nasional (BN) di Galas, jika benar-benar berlaku, akan menyebabkan gelombang besar yang membolehkan parti itu merampas semula pemerintahan kerajaan negeri dari PAS dalam pilihan raya umum akan datang.
Berucap dalam satu majlis di Bandar Baru Gua Musang petang semalam, calon BN Galas, Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kemenangan di Galas ini akan menyemarakkan gelombang rakyat Kelantan untuk menawan Kota Baru.
"Jika kamu semua menyokong BN akan menjadi satu permulaan gelombang untuk kita merampas negeri Kelantan," katanya di depan kira-kira 200 pengundi.
PAS telah memerintah Kelantan selama 20 tahun sejak memenangi pilihanraya umum 1990.
Abdul Aziz yang juga setiausaha Umno Gua Musang berkata, menyokong BN di Galas bermakna menyokong gagasan Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak).
"Kemenangan di Galas sangat penting, oleh kerana Galas ada pelbagai kaum, ada orang Melayu, orang Cina, orang India dan orang Asli maka kemenangan ini bermakna rakyat menerima gagasan perdana menteri.
Najib melancarkan gagasan 1 Malaysia pada tahun lalu selepas menjadi perdana menteri menggantikan Tun Abdullah Ahmad badawi April 2009.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan