HALAMAN SANTAI

Rabu, 3 November 2010

Pengundi perlu berhati-hati

GUA MUSANG - Para pengundi Pilihan Raya Kecil Dun Galas diminta agar lebih berhati-hati terhadap usaha-usaha yang digunakan pihak tertentu untuk menakut-nakutkan mereka

Kenyataan tersebut dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yaacob ketika merasmikan tanah rizab untuk dibuat tapak perkuburan di Tanah Putih, Mentaro dekat sini semalam.

“Jika terdapat golongan yang cuba untuk menakut-nakutkan kita serta mengelirukan mengenai Islam yang sebenar maka kita perlu mencari penjelasan mengenai masalah atau isu yang cuba dimainkan,” ujarnya.

Beliau yang juga merupakan Exco Dewan Ulama PAS Pusat berharap agar wujud inisiatif untuk mencari jawapan yang sebenar kepada isu tanpa mendengar daripada sebelah pihak sahaja.

Ahmad membawakan contoh isu tanah perkuburan di kawasan tersebut yang sengaja dipolitikkan pihak lawan.

“Kerajaan sentiasa mengutamakan rizab kubur dan saya mengesyorkan kepada tanah jajahan supaya ianya dirizabkan kepada rizab kubur.

Kira-kira 100 orang hadir dalam majlis pengisyitharan tanah tersebut.

Calon PAS, Dr Zulkifli Mohamed turut menyatakan rasa syukur atas pengistiharan itu dan berharap agar ia memberi kemudahan kepada penduduk sekitar.

“Apabila kita berbicara mengenai tanah perkuburan, maka ia akan menyentuh mengenai hal berkaitan kematian,” tegasnya.

Justeru, beliau mengingatkan bahawa dalam apa jua yang dilakukan ianya perlu dikaitkan dengan kematian yang merupakan proses awal menuju kepada alam akhirat.

“Kalau berpolitik untuk dunia, kena ingat mati yang akan membawa ke akhirat” katanya.

Tiada ulasan: