Halaman

Rabu, 3 November 2010

Pondok Al Marhum Ustaz Niamat Turut Mengalami Banjir Terburuk Dalam Sejarah

SEDAKA SEJAHTERA

Banjir besar melanda Maahad Tarbiah Islamiah (MTI) Derang, Bukit Pinang, Kedah. Semasa saya call Ustaz Abu Khair tanggal 3/11/2010, jam lebih kurang 12.30 AM, air banjir semangkin naik hampir mencecah bumbung sekolah dan musalla MTI. Pelajar asrama dan guru-guru terpaksa mendaki bukit untuk keselamatan nyawa.

Sesiapa yang ingin menyampaikan bantuan makanan dan lain-lain sumbangan bolehlah terus menziarahi MTI Derang.

Untuk mendapatkan info terkini bolehlah hubungi Ustaz Abu Khair di talian 019-56228611 atau saya sendiri Ustaz Kamaruddin Kassim 019-5228455 / 019-4782708. Semoga Allah memberikan kekuatan iman dan taqwa serta kesabaran menghadapi ujian dan musibah ini. Didoakan semoga semua sahabat-sahabat di Derang selamat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.