BERNAMA
ALOR SETAR - Seorang wanita warga emas berbangsa Jerman dikhuatiri lemas setelah dihanyutkan arus deras ketika cuba menyelamatkan diri selepas rumahnya di kampung Kerenjis, Kota Giam, di Jitra dinaiki air, malam kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Sawaludin Hamenudin berkata, Erna Fisher, 64, dilaporkan hilang kira-kira jam 8.30 malam ketika keluar bersama anak dan menantunya untuk menyelamatkan diri daripada banjir.
“Arus deras menghanyutkan ketiga-tiga mereka tapi anak dan menantu mangsa berjaya menyelamatkan diri,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.
Beliau berkata, operasi mencari serta menyelamat warga emas itu kini dilakukan dengan kerjasama polis, bomba, Rela, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung.
Difahamkan, paras banjir di kampung berkenaan mencecah dua meter dan keadaan berbahaya kerana arus deras.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.