Halaman

Jumaat, 18 Februari 2011

Enam Calon Pro-M UPM Ditolak, Menang 3 Kerusi Di UKM

TVS NEWS

SERDANG : Selepas proses penamaan calon pilihanraya kampus di Universiti Malaya(UM) kacau-bilau. Di Universiti Putra Malaysia(UPM) pula enam enam calon kumpulan pelajar Pro-Mahasiswa (pro-M) ditolak atas alasan borang pencalonan tidak lengkap.

Pilihanraya kampus yang dijadualkan Isnin ini, menyaksikan 41 calon pro-M mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding. dalam pilihan raya kampus yang dijadualkan Isnin depan.

Enam pelajar terbabit mengemukakan borang pencalonan untuk bertanding di dua kerusi umum dan empat kerusi fakulti.

Sehubungan itu, pengerusi pro-M UPM, Syed Syafiq Syed Hashim berkata, pihaknya telah mengemukakan bantahan secara lisan kepada ketua jawatankuasa pemilihan, Muhazam Mansor.

Menurutnya, pencalonan mereka ditolak kerana didakwa tidak mengisi borang pencalonan dengan lengkap seperti butiran alamat dan juga tidak ada cop pengesahan daripada dekan fakulti.

Sementara itu, kumpulan mahasiswa pro-M Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendahului lawannya apabila menang tanpa bertanding di tiga daripada 37 kerusi dalam pilihan raya kampus.

Dua kerusi yang dimenangi ialah di kerusi siswazah dan satu lagi di Fakulti Pengajian Islam selepas proses penamaan calon tamat apabila calon Pro-Aspirasi(pro-A) tidak menghantar calon di kerusi berkenaan.

Menurut jurucakap pro-M, Ahmad Firdaus Ahmad Azam keputusan itu diumumkan Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar Prof Ir Othman Karim di pusat kegiatan pelajar Pusaneka.

Kumpulan pro-M meletakkan 36 calon yang merangkumi 12 kerusi umum, 21 fakulti dan tiga kerusi siswazah. Mereka tidak bertanding satu kerusi di Fakulti Pergigian kerana tidak mempunyai calon.

Tahun lalu, kumpulan yang sering dilabel kritikal pada pentadbiran kampus itu mendapat 15 daripada 35 kerusi yang berbanding pro-Aspirasi yang memenangi 19 kerusi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.