Halaman

Jumaat, 18 Februari 2011

Tiada Lagi Harapan Sng Pertahan Pelagus

TVS NEWS

KUCHING : Menteri muda di pejabat ketua menteri Sarawak, Larry Sng tidak lagi berpeluang mempertahankan DUN Pelagus yang diwakilinya dalam pilihan raya negeri akan datang.

Ini berdasarkan satu pertemuan di antara beberapa pemimpin Parti Rakyat Sarawak (PRS) dengan pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak semalam lapor Malaysiakini.

PRS diwakili presidennya Datuk Seri James Masing, timbalan presidennya Datuk Joseph Entulu serta setiausaha agungnya Wilfred Nissom dalam pertemuan itu.

Dalam pertemuan itu, mereka telah menjelaskan kepada Najib bahawa PRS tidak mahu lagi Sng bertanding di kerusi itu buat kali ketiga.

Ditanya mengenai reaksi Najib ke atas penjelasan itu, Masing sekadar berkata beliau "tersenyum" sejak semalam lagi.

Menteri pembangunan tanah Sarawak itu juga berkata, mereka telah memberitahu dengan jelas kepada Najib bahawa PRS tidak lagi mahu Sng mempertahankan kerusi Pelagus.

Sng memenangi kerusi itu pada 2001 ketika beliau berusia 21 tahun dan terus mempertahankan Pelagus dalam pilihan raya negeri 2006.

Sng seterusnya dilantik sebagai menteri muda pada 2002.

Beliau kemudiannya dipecat daripada PRS kerana mengaturkan satu mesyuarat agung tahunan berasingan daripada satu lagi AGM yang yang dianjurkan Masing.

AGM yang diatur Sng pada 2008 itu telah melantik beliau sebagai presiden.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.