Setiausaha Agung Penaja HRP, P Uthayakumar ketika dihubungi Tv Selangor hari ini berkata pihaknya tidak berpuashati dengan tindakan polis itu yang disifatkan sebagai berat sebelah.
Ini tambahnya, berlangsung satu perhimpunan lain melibatkan pertubuhan lain tetapi tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa itu
Malah jelasnya klangkah pihak polis menahan tujuh pemimpin HRP dengan alasan tidak mempunyai permit juga boleh dipersoalkan kerana permohon permit sudah dibuat bagi tujuan itu.
Katanya, pihaknya menjangka tindakan sama akan dilakukan terhadap pemimpin parti itu yang menjalankan forum sama di Seberang Perai, Pulau Pinang.
“Apa yang kami tidak faham kenapa walaupun di kedua-dua tempat ini di Pulau Pinang dan juga di Kedah terutamanya apabila satu permit telah dipohon ianya telah ditolak tetapi semalam kita lihat di negeri Kedah seramai tiga puluh ribu orang telah berkumpul dan tidak ada masalah kenapa pihak Umno pihak kerajaan Umno mendiskriminasikan masyarakat India yang miskin,” katanya.
Katanya, HRP menganggap pihak polis tidak bersikap adil dalam tindakan mereka itu.
“Kenapa ada ketidakseragaman ataupun ketidaksamaanyang telah diperuntukkan dalam artikel lapan Perlembagaan Persekutuan yang memberikan hak sama rata kepada semua rakyat Malaysia,” katanya.
Tujuh pemimpin HRP termasuk Presidennya, W Sambulingam ditahan semasa berlangsung forum mengenai novel kontroversi ‘Interlok’ di Lunas, Kedah kerana forum diadakan itu tanpa permit.
Ketujuh-tujuh mereka telah dibawa ke balai polis daerah Kulim.
Polis, kata Jayathas dalam lamanweb kumpulan itu berkata, telah menyatakan bahawa forum itu diadakan secara haram selepas permohonan untuk mendapatkan permit ditolak.
Forum tersebut adalah sebahagian daripada kempen HRP, dengan acara kemuncaknya merupakan perarakan pada 27 Februari ini, bagi menentang rasis dan novel Interlok.
Interlok, yang ditulis oleh sasterawan negara, Abdullah Hussain, telah didakwa mengandungi unsur-unsur rasis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan