MALAYSIA WAVES
Sewaktu Tulang Besi berada di Mesir dahulu, TUlang Besi ada mendengar kesah beberapa orang pelajar Malaysia ditangkap "Al Mukhabarat"(Special Branch Mesir) kerana mengambil gambar di tempat yang tidak diizinkan.
Khabarnya pelajar-pelajar Malaysia itu cuma duduk di dalam penjara bawah tanah "Special Branch Mesir", namun kesan psikologi kepada mereka cukup serius. Dikhabarkan, pelajar2 yang ditangkap itu terus keluar dari Mesir dalam keadaan ketakutan dan terganngu emosi yang sangat serius. Khabarnya, kesan dari tahanan tersebut, mereka tidak lagi kembali ke Mesir untuk meneruskan pelajaran mereka.
Yang dikesali adalah sikap Kedutaan Malaysia pada masa itu yang buat tidak acuh. Yang menyelamatkan mereka adalah Naib Presiden PMRAM yang sanggup turun ke penjara bawah tanah tersebut merayu-rayu sehingga menangis meminta pelajar-pelajar Malaysia tersebut dilepaskan. Kalau silap cara, Naib Presiden PMRAM pada masa itu pun mungkin ditangkap dan disiksa sama.
Rupanya, 2 orang wartawan New York Times di bawah mendapat "nikmat" menyaksikan sendiri kezaliman penjara bawah tanah milik "Special Branch Mesir". Apa yang didengari dan disaksikan oleh kedua-dua wartawan NY Times ini adalah seperti yang dialami oleh pelajar-pelajar Malaysia tersebut.
Mengikut kawan Mesir Tulang Besi, bilangan agen "Mukhabarat" ini sangat ramai. Dianggarkan, seorang agen SB Mesir bagi setiap bangunan apartmen di Mesir. Sesiapa sahaja boleh ditangkap dan disiksa semata-mata laporan dari agen SB Mesir ini. Tidak perlu ke mahkamah ataupun tidak diizikan khidmat peguam.
Dikhabarkan tahanan2 SB Mesir ini disiksa, dipukul, dibiarkan kebuluran, dirogol, dibunuh dan macam-macam lagi. Begitu hebat "skill" SB Mesir menyiksa manusia, sewaktu selepas 911, Amerika telah menghantar ramai orang yang disyaki pengganas ke Mesir untuk disiksa dan mendapat pengakuan.
Semoga tulisan wartawan2 NYTIMES ini akan membuka mata kuasa-kuasa Besar supaya mempercepatkan kejatuhan Mubarak yang zalim ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan