HALAMAN SANTAI

Sabtu, 19 Februari 2011

Taib: BN S'wak tak pandang rendah pembangkang

BERNAMA

BN Sarawak tidak pernah pandang rendah kemampuan parti-parti pembangkang di negeri itu untuk menang pada setiap kali pilihan raya diadakan, kata Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Beliau berkata malah BN negeri sentiasa membuat persiapan rapi untuk menghadapi pembangkang dalam pilihan raya.

"Ia adalah strategi biasa BN. Kita tidak pernah pandang rendah mereka (parti-parti pembangkang)," katanya kepada pemberita.

Sebelum itu, Taib menyempurnakan upacara peletakan batu asas projek Kompleks Islam Sarawak bernilai RM46.6 juta di Jalan Awang Ramli Amit di Sibu hari ini. Kos projek itu dibiayai oleh Tabung Baitulmal Sarawak (TBS).

Taib yang juga pengerusi BN negeri berkata demikian ketika diminta mengulas ingatan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam supaya BN Sarawak tidak memandang remeh kemampuan pihak pembangkang dalam pilihan raya negeri akan datang.

Penggal Dewan Undangan Negeri Sarawak akan tamat pada 24 Julai ini.

Ketua Menteri juga melahirkan rasa bangga dengan kesedaran ditunjukkan masyarakat Cina di negeri ini terhadap perjuangan BN dan berharap trend seumpama itu akan berterusan.


Tiada ulasan: