| Hazayani Zakaria |
| KUALA LUMPUR: PAS mengesyaki wujud usaha BN memberikan kad pengenalan segera kepada warga asing di Tumpat, Kelantan bagi memberi undi kepada mereka pada Pilihan Raya Umum ke-13 nanti.
Menurut beliau, program tersebut diumumkan imam masjid di salah satu mukim di daerah tersebut Jumaat lalu, sebelum menunaikan solat Jumaat. Program tersebut akan diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan Pengkalan Kubor Satu (1), Tumpat. Menurut maklumat yang diterima kata Kamarudin, program tersebut bagi mendapatkan dokumen pengenalan diri untuk rakyat negeri Kelantan yang masih belum mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri serta bagi yang layak memohon perkhidmatan yang disediakan. Ianya merangkumi lima perkara iaitu pendaftaran, kelahiran, kematian serta anak angkat, pendaftaran urusan kad pengenalan, pendaftaran urusan kewarganegaraan, khidmat nasihat semua urusan JPN, dan khidmat nasihat oleh Jabatan Imegrisen Malaysia. "Program ini sealiran dengan pemberian kad pengenalan segera kepada warga asing yang sedang berangsung seperti yang dilaporkan contohnya di Hulu Selangor," kata beliau yang juga ahli Parlimen Tumpat pada sidang media di ibu pejabat PAS, dekat sini hari ini. Sebelum ini, PKR Selangor mendedahkan usaha Umno Hulu Selangor menghantar permohonan kepada Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, meminta kelulusan menukar taraf pemastautin tetap sekitar 2,000 rakyat asing bagi membantu kemenangan BN di Hulu Selangor pada pilihan raya umum ke-13. |
Halaman
▼
Hope that the relevant authorities such as MACC and SPR will investigate this allegation.
BalasPadamVoting is the rights of citizens, not outsiders. The people of this country are the only people who has the right to chose the government WE want.
BalasPadamIs it true? OMG, but need to prove it.
BalasPadamMana buktinya. Bercakap biarlah besertakan bukti.
BalasPadamAnda boleh dikenakan tindakan jika hanya tahu menghasut.
BalasPadamjika pekara ini benar, sertakanlah bukti..
BalasPadamisu pemberian ic kepada warga asing untuk tujuan politik sering diperkatakan berlaku dalam BN namun tidak pernah dibuktikan kebenarannya secara jelas. perkara ini sepatutnya tidak terjadi kerana ia memberi kesan yang buruk kepada negara.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamUlasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamDOn't know how true is this...
BalasPadamWIthout prove, no one will believe that BN is trying to get the foreigners to vote in Tumpat.
BalasPadamBuktikan kebenaran dakwaan ini. tidak perlulah cakap saja tapi bukti tidak ada.
BalasPadamtanpa bukti, dakwaan ini tak bermakna.
BalasPadamPAS patut buktikan dahulu sebelum membuat kenyataan di media. setiap kali pilihanraya semakin hampir pasti pembangkang akan membuat kenyataan yang sama iaitu pengundi hantu, asing atau isu yang berkaitan dengan spr.. tapi akhirnya tiada juga yang dapat mereka buktikan.. bukankah itu juga merupakan fitnah?
BalasPadampihak spr sendiri sudah buat kenyataan media sekiranya wujud kes2 seperti itu pihak yang berkenaan perlu memberikan maklumat kepada spr untuk tindakan susulan. ada PAS berikan maklumat seperti yang diminta??
BalasPadam