Norutul Ilham
KUALA LUMPUR: Ketua Srikandi KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail menggesa pimpinan Umno khususnya Pergerakan Puteri supaya tidak memanipulasi sejarah demi kepentingan politik mereka.
“Srikandi tegaskan, jangan memanipulasi keadaan dan hal yang ditimbulkan kerana ia bukan isu politik semata-mata tetapi sebagai mengungkap nilai sejarah sebenar,” katanya.
“Kita dapati generasi muda agak terjerat dengan pendedahan yang dilakukan dan kerajaan sewajarnya memberi penerangan jelas dan tepat kerana ia soal sejarah.
“Isu ini harus diperjelas melalui pendekatan yang mampu merungkai persoalan. Anak muda kini tidak lagi buta sejarah tetapi sering disekat dari memahami kebenaran sejarah,” katanya.
Beliau berkata demikian pada kenyataan media, mengulas saranan Ketua Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin yang mahu Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menarik balik kenyataan berkaitan pendedahan kisah sebenar Bukit Kepong.
Mengulas lanjut, Siti Aishah menyifatkan kenyataan Rosnah itu bersifat politik sedangkan Ketua Puteri Umno itu harus lebih matang dan mengetepikan ideologi politik dalam hal berkenaan.
“Generasi muda mempunyai sikap dan rasa ingin tahu. Srikandi memandang penting isu ini supaya ia diperjelas dengan lebih baik dan bukan melalui kenyataan bersifat politik semata-mata,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan