HALAMAN SANTAI

Ahad, 25 Disember 2011

Gempaq 2.0 Lahir Generasi Celik Al-Quran

Oleh Afix Redzuan


SHAH ALAM: Kesempatan cuti sekolah dimanfaatkan sebaiknya oleh anak-anak untuk mendalami ilmu Al-Quran melalui program Gerakan Membina Generasi Pencinta Al-Quran 2 (GEMPAQ V2.0).

Seorang peserta Syed Qayyim Siddiqi Al-Khared, 15, merasa golongan generasinya perlu memanfaatkan cuti sekolah sepenuhnya dengan aktiviti bermanfaat seperti ini yang boleh memberikan azam baru menjelang sesi persekolahan tahun hadapan.

"Program ini bagus sebab pelajar sekolah biasa jarang dapat peluang pembelajaran sebegini dan budaya persekitaran pun berbeza.

"Gempaq ini bagus kerana ada aktiviti seperti Usrah yang dapat mengeratkan silaturrahim," katanya.

Gempaq telah dimulakan sejak tahun 2010 dengan penyertaan seramai 200 orang yang terdiri daripada pelajar lelaki dan perempuan.

Para peserta program ini mendapat bimbingan dan tunjuk ajar oleh Ustaz Muhamad Abdullah sambil dibantu oleh beberapa orang fasilitator yang terdiri daripada pelajar-pelajar.

Seorang bapa, Kamaruddin Abu Samah, 39, melihat program sebegini wajar diteruskan memandangkan terknik-teknik yang diajar memberikan kemudahan untuk perserta menghafal surah-surah dengan lebih berkesan.

"Saya bersyukur kepada Allah kerana diberikan petunjuk untuk menghantar empat orang anak saya ke program ini. Alhamdulillah cuti sekolah selama sebulan ini terisi. Diharapkan ada perubahan selepas ini InsyaAllah

"Sebelum ini tidak pernah menghantar anak ke program yang memakan tempoh sebulan seperti ini. Dan Alhamdulillah kalau dahulu surah panjang agak sukar untuk mereka hafal, dan sekarang ada perubahan," katanya.

Joriah Nayan, 44 berkata, sebelum ini beliau turut menghantar anak-anaknya ke program hafazan selain penyertaan dua anak dalam Gempaq 2.0.

"Memang sangat berfaedah dalam mengisi masa lapang daripada dibiarkan begitu sahaja.

"Disamping itu dapat mendisiplinkan diri dia selain mendapat input-input terbaru," katanya.

Program ini merupakan program tahunan cuti sekolah yang di anjurkan oleh Pusat Khidmat Dun Kota Anggerik dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) dan Yayasan Al-Ijabah.

Objektif program adalah untuk melahirkan ganerasi yang mencintai Al-Quran dan menjadikannya sebagai panduan hidup di masa hadapan.

Di samping itu, program ini juga memberi peluang kepada ibubapa untuk mengisi masa anak-anak mereka dengan perkara yang berfaedah pada cuti sekolah.

Sementara itu, Exco Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Dr Yaakob Sapari berkata, asas pengenalan Al-Quran itu bagi generasi muda dan bukannya menumpukan kepada aspek akademik sahaja.

Ini bagi mengelak ganerasi kini hanyut dalam arus kemodenan yang serba canggih.

"Bagi saya, asas pertama yang perlu ditanam pada anak-anak adalah asas Al-Quran. Hantarlah anak-anak ke tadika yang mahu kepada agama.

"Sebahagian besar Exco Selangor menghantar anak ke sekolah agama rakyat.

"Yakinlah apa yang ingin kita beri adalah Al-Quran. Kalau gunung boleh pecah, takkanlah hati kita tak boleh lembut. Suasana dalam rumah itu perlu ada suasana Al-Quran," katanya.

Tiada ulasan: